Sejarah Penubuhan SMK Lake

SMK Lake telah ditubuhkan pada bulan Januari 1966 oleh Encik Si Kheng Kwang selaku Guru Besar (kini dikenali sebagai Pengetua). Antara guru pengasas sekolah ketika itu ialah Encik Morshidi Ahim, Puan Teo Siew Ching, Encik William Chan dan Encik Anchenbuck, seorang sukarelawan Amerika (Peace Corp). Ketika mula dibuka, sekolah ini belum mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Bau Council Primary School (sekarang tapak itu menempatkan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Bau). Pada mulanya SMK Lake hanya mempunyai sebuah Kelas Peralihan, sebuah Kelas Tingkatan 1 dan sebuah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 2 merupakan ku mpulan pelajar dari SMK Penrissen yang berasal dari Daerah Bau.

Ambilan pertama SMK Lake hanya terdiri daripada lebih kurang 100 orang pelajar dan 30 orang daripada mereka terpaksa menumpang tin ggal di asrama SMK Bau. "Club House" digunakan sebagai Perpustakaan dan kelas sementara bagi mata pelajaran Sains. Ketua Pelajar ketika itu ialah Petrus Pesim.

SMK Lake berpindah ke bangunan tetap yang baru siap dibina pada Penggal Ketiga dalam tahun 1967. Antara bangunan dan kemudahan ketika itu ialah sebuah blok dua tingkat untuk pejabat dan bilik darjah, sebuah Bilik Sains Rumah Tangga, sebuah Dewan Makan, sebuah Rumah Pengetua, Kelas 3, 3 buah rumah Guru Kelas 4, 2 Unit Berek, 2 Buah Asrama Lelaki dan sebuah Asrama Perempuan.

Pembukaan rasmi sekolah dilakukan oleh Gabenor Sarawak (kini dikenali sebagai TYT yang Dipertua Negeri), iaitu Allahyarham Tun Abang Haji Openg pada 12 April 1968. Daripada sebuah sekolah menengah rendah Gred B, SMK Lake mula menawarkan kelas Tingkatan 4 pada tahun 1983. Di bawah kepimpinan mendiang En. Michael Chang Yit Yong, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula diperkenalkan pada tahun 1991. SMK Lake kemudian dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Gred A pada tahun 1995.

Kini SMK Lake telah berkembang pesat sebagai salah sebuah sekolah menengah yang terkenal bagi kategori luar bandar, dengan bilangan pelajar melebihi dua ribu orang  dan bilangan guru dan staf sokongan melebihi seratus dua puluh orang. SMK Lake sering juga menjadi salah satu tempat lawatan oleh rombongan daripada pelbagai pihak dari dalam negeri mahu pun dari luar negeri.

No comments:

Post a Comment