PSKPP Bola Jaring Peringkat Daerah Bau

Pada 02 Mei 2013 telah diadakan pertandingan bola jaring PSKPP peringkat daerah Bau. Pasukan SMK Lake telah menjuarai pertandingan bola jaring dengan mengalahkan pasukan SMK Paku 9-3. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bola jaring SMK Lake.


Perkongsian Maklumat

Salam sejahtera guru-guru di SMK Lake....

Saya ingin berkongsikan satu laman blog yang dikelolakan oleh Cikgu Irwan. Di dalam laman blog ini, Cikgu Irwan berkongsi tentang Soalan-soalan PBS Tahun1,2 dan 3, Tingkatan 1 dan 2 untuk semua mata pelajaran. Cikgu Irwan juga berkongsi nota-nota untuk semua mata pelajaran, rancangan pengajaran tahunan dan juga soalan-soalan ujian. Di harap blog ini sedikit sebanyak membantu guru-guru di SMK Lake.

Terima kasih kepada Cikgu Irwan di atas perkongsian ilmu ini.

Link : www.sagadbl.com

Admin.

Kursus Perkembangan Staf (09 Mac 2013)

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia....

Nama Kursus : Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025
Tempat : Dewan Ilmu, SMK Lake
Masa : 7.00 pagi - 10.00 pagi

PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025

BERTITIK tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.

Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulang tahun kemerderkaan negara yang ke-55, tercatat satu lagi peristiwa penting dalam lembaran sejarah negara kita. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.

MATLAMAT DAN PENDEKATAN

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.

(Petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025)
 
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf